Kempen pilihan raya presiden 2016 Bernie_Sanders

Sanders berkempen di New Orleans, Louisiana pada bulan Julai 2015.

Sanders mengumumkan hasratnya untuk mendapatkan pencalonan Parti Demokrat untuk bertanding dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pada April 30, 2015 dalam satu ucapan di dataran Kapitol.[32][33][34] Kempen beliau secara rasmi dilancarkan pada Mei 26, 2015 di Burlington.[33]

Sanders menyatakan bahawa beliau tidak akan cuba mendapatkan pembiayaan melalui "Super PAC" sebaliknya memberi tumpuan kepada sumbangan kecil individu.[35] Kempen presiden Sanders mengumpul $1.5 juta dalam tempoh 24 jam selepas pengumuman rasminya.[36] Selepas empat hari, kempen Sanders telah mengumpul $3 juta daripada penyumbang kecil dengan purata $43 setiap sumbangan.[37] Pada Julai 2, kempen ini mengumumkan bahawa ia telah mengumpul $15 juta daripada 250,000 penyumbang. Pada September 30, The New York Times melaporkan bahawa Sanders telah mengumpul $26 juta dalam tempoh tiga bulan; kempen ini mengumumkan bahawa ia telah mencapai satu juta sumbangan individu, menjadi calon 2016 pertama untuk berbuat demikian.[38][39] Pada Disember 20, kempen Sanders mengumumkan bahawa ia telah mencapai 2.3 juta sumbangan, mengatasi rekod tahun 2011 Obama.[40] Pada akhir tahun, kempen ini telah mengumpul sebanyak $73 juta daripada lebih daripada satu juta orang yang membuat 2.5 juta sumbangan dengan purata sumbangan $27.16.[41]

Rujukan

WikiPedia: Bernie_Sanders http://www.bloomberg.com/politics/articles/2015-05... http://www.burlingtonfreepress.com/story/news/loca... http://www.chicagomag.com/Chicago-Magazine/Felsent... http://www.cnn.com/2015/04/30/politics/bernie-sand... http://www.cnn.com/2015/05/27/us/bernie-sanders-fa... http://www.cnn.com/2015/05/27/us/bernie-sanders-fa... http://media.cq.com/members/509?rc=1 http://articles.latimes.com/1985-04-28/news/vw-215... http://mic.com/articles/117674/bernie-sanders-rais... http://mic.com/articles/122011/watch-young-senator...